Kakak Bella ditahan polis kerana isu 'live' di TikTok
BATU PAHAT: Kakak kepada Bella atau Mila Sharmila Samsusah yang mati dibunuh teman lelakinya, ditahan polis awal pagi tadi sebelum direman bagi membantu siasatan berhubung laporan dibuat terhadapnya kerana didakwa melanggar Akta Kanak-Kanak 2001. Wanita berusia berusia 37 tahun ditahan ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk merekodkan keterangan berhubung satu laporan polis dibuat terhadapnya. Difahamkan, laporan itu dibuat oleh keluarga tertuduh kononnya mendakwa kakak kepada Bella itu menyiarkan gambar kanak-kanak yang dipercayai anak angkat tertuduh, ketika bersiaran langsung di TikTok, baru-baru ini. Dia kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat pagi ini, sambil ditemani dua peguamnya, Nur Aminahtul Mardiah Md Nor dan Nurul Hafidzah Hassan bagi mendapat perintah reman. Majistret Nurasidah A Rahman membenarkan wanita itu direman sehari bermula hari ini bagi membantu siasatan polis. Sejurus selepas keluar dari mahkamah, wanita itu kelihatan tenan...